crew2..(:

26 Jun 2014

alhamdulillah. 8 bulan sudah. :)

assalammualaikum semuaa. :)

alhamdulillah.
minggu ni dah genap minggu ke 32.
kejap sangat masa berlalu.
dah 8bulan dah anak mama dalam rahim mama ni.

aktif dengan sihat ye sayang.
tak sabar nak jumpa kamuuuu ni my cute little baby.
:)

tinggal lebih kurang sebulan lebih ajooo lagi.
baby please keluar genap 9bulan lebih sikit yee.
harap jangan overdue atau awal ye sayang.
bagi mama melantak lemang, rendang dan kuih muih dulu yee.
hahaha.

insyaAllah, tahun ni kita puasa penuh ye sayang.
bestnyaaa dapat puasa penuh. nanti tak payah ganti.
kita sama-sama bersabar dibulan ramadhan nanti yeee.
:)

keadaan mama pulak, alhamdulillah masih gigih lagi nak berjalan.
masih kuat lagi.
solat pon masih berdiri, cuma bila nak bangun tu je la amik masa sikit, mengah jugak la.
hehehe.

time tidur mama pulak, tak berapa lena dah sekarang. tiap pukul 3 pagi memang akan terjaga punya.
tidur lah lewat mana pon, pasti terjaga jugak.
mungkin kamu terlalu aktif ni anak.
tu buat mama terjaga jee. tapi tak pe, mama tahu kamu aktif bermain.
:)


dalam sebulan lebih ni, mama kena beli kelengkapan untuk mama.
1. set berpantang

masih survey lagi. tanya orang ini, orang itu.
ada cadangan amik nona roguy, tanamera, mustika ratu, shaklee
tapi kalau boleh nak beli set yang lengkap semua. kira semua ada lah,
dari segi harga pula, tak mahu la terlalu mahal. sebab takot nanti tak terhabissss makan. dah membazir disitu.
rugiiii.

2. bidan urut

uwaaaaaaaaaaaaa. masih mencari lagi. dekat kawasan salak tinggi ni tak tahu lah mana nak cari bidan.
lagipon, kat sini bukan kawasan kampung sangat.
kalau dekat kampung tu memang jumpa la kan.
hukhukhuk.

barang keperluan seperti pad, breast pad dan lain-lain akan dibeli dalam masa terdekat ni.

:)








4 ulasan:

Princess Feyqa berkata...

fiqa pon hari2 cakap dgn baby keluar bila mature and lepaskan raya seminggu dua ye hehe sempat lagi tu nak enjoy makan time raya.
fiqa pon lom beli set berpantang tapi dah survey mcm berminat dengan spa&ma or mak dara hehe

misz sheyla berkata...

kite guna set anugerah... sebenarnye nak cari tanamera...baca review semua ok..tapi last2 beli yg anugerah..jamu2 memang kite xnak makan...

S. Faezah berkata...

lg sebulan nak jumpa baby..semoga selamat semua nya :)

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum awak. Salam Ramadhan. hee semoga dipermudahkan urusan nak bersalin. jgn lupa zikir nabi yunus ~~~