crew2..(:

07 Ogos 2014

alhamdulillah, lahir sudah anakku. :)

assalammualaikum semuaaa.

selamat hari rayaa!

alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan putera sulung.
dia kasi peluang beraya untuk 5 hari ajeeee.
ok lah tuuu daripada tak dapat beraya.
hehehee.

baby tak sabar nak keluar melihat dunia ini.
walaupon due date lambat lagi.
sepatutnya due pada 14/08/14
kira ada dalam 2 minggu lagi la kan.
ingat boleh lah makan lebih lagi masa raya ni.
tapi tak dapattt. baby nak collect sendiri duit raya.
dia tahu kalau dalam perot lagi mesti tak dapat duit rayaa.
pandai tauuuu anak bujang ni.
hehee

pengalaman bersalin alhamdulillah Allah mudahkan sangat ketika itu.
sakit memang tak lama.
pada hari khamis bersamaan 4 syawal dah keluar tanda.
kira macam kembar darah kot.
sebab keluar darah dulu. tak ada rasa sakit ketika itu.
then pergi ke Az-zahrah untuk check up keadaan diri. dan memang jalan tak bukak langsung. masih rapat.
risau jugak time tu kot terberanak.
tapi tak jugak. esoknya gigih lagi berjalan dekat alamanda. jalan-jalan.
hehehe.
makan apa nak makan sebelum berpantang.

pada hari sabtu bersamaan 6 syawal,
pukul 5.30 pagi tersedar dari tidur. sebab rasa sakit segugut.
tapi tak berapa kuat sangat. masih boleh bertahan sebab memang dah biasa dengan segugut ni.
jadi masa tu anggap sakit main-main jee.

tapi, bila dah pukul 8 pagi tu, sakit makin kerap. hati ni memang dah tak sedap dah.
tak kan nak beranak hari ni kot. due lambat lagi ni.

petang tu dalam pukul 2 petang macam tu bersiap nak pergi beraya rumah sedara dekat-dekat sekitar bangi, cheras dan kajang.
ada hati hoiiii sakit-sakit pon nak beraya jugeekkkkk.
hahaha.

lepas dah bersiap tuuu memang tak boleh tahan dah.
memang terus pergi Az-zahrah.
bila kena seluk bukaan dah 6cm. memang terkejut jugak lah.
ingatkan bukaan baru 2cm masa tu.
terus pilih bilik dan kena admit.
nasib baik ada rezeki bilik single.

tak sempat pon beraya. family semua pergi hospital pakai baju raya la. beraya dekat hospital.
hehehe.

dan pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila.
sebab,
bersalin tanpa suami disisi.
suami tak sempat nak balik Malaysia ketika itu. memang tak jangka nak beranak awal.
ibu la peneman ketika di dalam labour room tuu. 
ibu la memberi semangat.
terima kasihh ibu. along sayanggg ibu.
:)

pukul 3 petang admit.
dan 7 malam masuk labour room.
dan 7.35 malam lahirlah seorang khalifah dimuka bumi ini. :)

sepanjang mengandung ini memang tak ada masalah cuma alahan aje. syukur sangat.


pagi ni suami sampai.
tak sabar dia nak tengok anak bujang dia ni.
hehehe.





2 ulasan:

Sheila Salim berkata...

Assalamualaikum awak. alhamdullilah. syukur dah lahir pun putera awak. gambar tak upload lagi kan? tgu habis pantang ye? hihiii bagusnya ibu awak.. Allah mudahkan urusan awak, kesian pula suami takdapat nak tengok awak sakit nak bersalin. takpe, 2nd baby kena buat persediaan awal :)

S. Faezah berkata...

tahniah dah menjadi ibu :)