Langkau ke kandungan utama

alhamdulillah, lahir sudah anakku. :)

assalammualaikum semuaaa.

selamat hari rayaa!

alhamdulillah, saya telah selamat melahirkan putera sulung.
dia kasi peluang beraya untuk 5 hari ajeeee.
ok lah tuuu daripada tak dapat beraya.
hehehee.

baby tak sabar nak keluar melihat dunia ini.
walaupon due date lambat lagi.
sepatutnya due pada 14/08/14
kira ada dalam 2 minggu lagi la kan.
ingat boleh lah makan lebih lagi masa raya ni.
tapi tak dapattt. baby nak collect sendiri duit raya.
dia tahu kalau dalam perot lagi mesti tak dapat duit rayaa.
pandai tauuuu anak bujang ni.
hehee

pengalaman bersalin alhamdulillah Allah mudahkan sangat ketika itu.
sakit memang tak lama.
pada hari khamis bersamaan 4 syawal dah keluar tanda.
kira macam kembar darah kot.
sebab keluar darah dulu. tak ada rasa sakit ketika itu.
then pergi ke Az-zahrah untuk check up keadaan diri. dan memang jalan tak bukak langsung. masih rapat.
risau jugak time tu kot terberanak.
tapi tak jugak. esoknya gigih lagi berjalan dekat alamanda. jalan-jalan.
hehehe.
makan apa nak makan sebelum berpantang.

pada hari sabtu bersamaan 6 syawal,
pukul 5.30 pagi tersedar dari tidur. sebab rasa sakit segugut.
tapi tak berapa kuat sangat. masih boleh bertahan sebab memang dah biasa dengan segugut ni.
jadi masa tu anggap sakit main-main jee.

tapi, bila dah pukul 8 pagi tu, sakit makin kerap. hati ni memang dah tak sedap dah.
tak kan nak beranak hari ni kot. due lambat lagi ni.

petang tu dalam pukul 2 petang macam tu bersiap nak pergi beraya rumah sedara dekat-dekat sekitar bangi, cheras dan kajang.
ada hati hoiiii sakit-sakit pon nak beraya jugeekkkkk.
hahaha.

lepas dah bersiap tuuu memang tak boleh tahan dah.
memang terus pergi Az-zahrah.
bila kena seluk bukaan dah 6cm. memang terkejut jugak lah.
ingatkan bukaan baru 2cm masa tu.
terus pilih bilik dan kena admit.
nasib baik ada rezeki bilik single.

tak sempat pon beraya. family semua pergi hospital pakai baju raya la. beraya dekat hospital.
hehehe.

dan pengalaman ini akan diingat sampai bila-bila.
sebab,
bersalin tanpa suami disisi.
suami tak sempat nak balik Malaysia ketika itu. memang tak jangka nak beranak awal.
ibu la peneman ketika di dalam labour room tuu. 
ibu la memberi semangat.
terima kasihh ibu. along sayanggg ibu.
:)

pukul 3 petang admit.
dan 7 malam masuk labour room.
dan 7.35 malam lahirlah seorang khalifah dimuka bumi ini. :)

sepanjang mengandung ini memang tak ada masalah cuma alahan aje. syukur sangat.


pagi ni suami sampai.
tak sabar dia nak tengok anak bujang dia ni.
hehehe.





Ulasan

Sheila Salim berkata…
Assalamualaikum awak. alhamdullilah. syukur dah lahir pun putera awak. gambar tak upload lagi kan? tgu habis pantang ye? hihiii bagusnya ibu awak.. Allah mudahkan urusan awak, kesian pula suami takdapat nak tengok awak sakit nak bersalin. takpe, 2nd baby kena buat persediaan awal :)
Unknown berkata…
tahniah dah menjadi ibu :)

Catatan popular daripada blog ini

cuti-cuti : PERTH Day 2 - Busselton Jetty & Bunbury

assalammualaikum. sambungan cerita tentang bercuti lagiii. hahaaha oh yaaaa. percutian kami ni 5hari 4malam. agak singkat sebenarnya nak menerokai daerah Perth ni. tak dapat nak ke selatan Perth. situ lagiiii cantik dan tenang. next time laaaa. tunggu anak dah besar dulu. nanti repeat balik datang sini hahahaha. hari ke-2 pukul 5 pagi dah gerakkkkkk. sampai sana 7pagi lebih. kami menuju ke Busselton  situ femess dengan jetty. memang cantikkkkkk. ada kereta api pendek jugak.  $12 adult cuba convert? tapi agak mahal la bagi banyak family besar ni. so, tak naik laaaa. tangkap gambar sudaaahhh. hahaha.  ini laaahhh homestay kami! sangat selesa. cantikkkkk. kami pilih AYESHA HOUSE . acik hally sangat baaaiikkkkkkk. rumah ini milik orang Malaysia so, selesa la nak memasak semua. menuju ke Busselton la kitaaaaa. perjalanan dalam 2jam lebihh. jalan clear, tenang. aaahhh. semua tenang laaaaaah. hehehe.

cuti-cuti : PERTH Day 2 - Mandurah & Kings Park

assalammualaikum. kita sambung cerita cuti lagi. jangan bosan yeee? banyak part lagi ni. hahahaha. settle pergi Busselton dan Bunbury, kita ke Mandurah pulokkkk. kita naik cruises. tengok ikan dolphin. hahahaha excited la jugak bila datang sini. yela, selalu tengok dalam tV aje ikan tu. tapi tak berapa banyak la ikan. ikan malu-malu. naik cruises ni $28 untuk dewasa. sambil tengok ikan, dapat jugak tengok rumah mewaaahhhh. perrghhhh. setiap rumah ada private boat masing2 kayoooooo. tenang sangatttttt. eeehh. nampak dah ikan dolphin. memalu lak diaaaaaa. hai handsome mama! budak kena ikat dalam boba. hahahaha kesiannn dia. dah settle tengok ikan, kita menuju ke Kings Park pulokkk. tengok pemandangan bandar Perth. Subhana Allah, cantikkkkk sangaaattt. pandang dia kita boleh golek-golek. buat cerita hindustan pon boleh. hahahaha BERSIH sangaatttt. view dari atas. enc

Selamat Hari Raya 2020!

2020 family raya  assalammualaikum. lama betul tak sentuh blog ni. maklumlaaaah, dah tua ni makin malas pulak nak update. nak2 sekarang update instagram jeeee senang. hahahhaa. tu je la kot, permulaan tahun 2020 ni. nak update lagi tunggu kerajinan. hahaha.