Langkau ke kandungan utama

Catatan

Tunjukkan catatan dari Januari, 2011

mood : sedih!

 hari ini satu hari ujan saje. non stop. nak keluar rumah pon payah. tak ade mood. huhu. sekarang mood i sedih. sebab, encik ridzuan tak sampai lagi di Segamat. beliau masih di Gemas. kawasan Gemas banjir sekarang. memang tak boleh gerak pegi mana-mana. dan yang lagi sadisnya, kereta encik ridzuan tak boleh start. huuuu. enjin kene masuk air kot. sedihnya rasa! kesian dia, macam mana la keadaan dia sekarang. mesti tak selesa. tak dapat nak tido lena, asyik risau keadaan dia. harap, esok pagi dah okay. and kereta beliau pon boleh start. Ya Allah, lindungi lah dia. rasa menyesal sebab telah menyusahkan dia anta i balik hari tuu. kalo dia tak mai KL mungkin dia tidak berada dalam keadaan macam ni sekarang. huuuu. maafkan ayang yea, sebab dah menyusahkan b. huuuu. =(

jom tengok wayang! hehe

aktiviti hari ini adalah dating. hehe 1st, rancang mau pegi bukit cerakah. tapi, cuaca hujan pulak. so, lain kali aje lah pegi. huuu. lepas tu lepak ke sunway pyramid pulak. tu je yang dekat dengan Shah Alam kan. nak pegi KL jauh pulakkk. huhu. kami tengok wayang. cerita omputeh. yang gambar atas tu. hehe and 1st time tengok 3D. jakun lah kejap. akhirnya dapat jugak merasa tengok 3D. mekasih huby. belanja tadiii. hehe. cerita tu best la jugak. lelaki cina tu pandai. sebab dia reka kereta yang canggih. hee. lelaki cina tu macam ensemm. haha. lepas tu, kami balik. encik ridzuan pon macam nak kejar masa. yela, beliau sudah berjanji dengan kawan untuk main futsal. tak penat ke sayang? huuu. okay, encik ridzuan tu memang kaki futsal. hehe. so, kene la memahami. cewahhhh.

besday encik kesayangan ari ini. =)

 hepy besday dear! umo sudah meningkat. dah boleh kawen dah ni. hehe. today encik kesayangan sudah berusia 25tahun. tua tak? hahaha. umo je meningkat. tapi rupa masih muda remaja. cewaahhh. heee. tahun ni tak tahu nak bagi apa. tak sempat nak beli pape. hadiah kemudian yea i kasi. hehe. nak pikir dulu. :) moga encik kesayangan di murahkan rezeki and dipanjangkan umur. and i love youuuu.! :)

my akak kene kuaratin. huuu.

my akak muniey kene kuaratin tadi. kak muni demam selama 2 hari. so, lepas kelas Effective Communication tu, terus lah pegi PKU. tahu kan ape itu PKU? niat nak pegi sana sebenarnya nak mintak MC ajooo. sebab tak larat sangat. doctor check semua, kene tahan pulak. di suspek H1N1. kene duduk dekat Kolej Melewar selama 5hari. huh. bosaann kak muni nanti. huhu. takoottnya dengar. penyakit tu kan bahaya. dia datang balik. huuu. kesian kak muni. tak sangka pulak kene macam tu. harap kak muni cepat lah sembuh. boleh balik kampung cuti ni. hee. get well soon kak muni. =)

tak suke lah.! huuu.

yuhuuuuuuu. today, i ade satu kelas jek. kelas hydraulic. mula-mula niat dihati mau cabut dari kelas tu awal. duduk tempat baik punye. belakang sekali. hehe. alih-alih, tak dapat pulak. sebab lect tetibe nak bagi kuiz. memang tak ready la kan. so apa lagi, tiru je lah buku. haha. esok kan. and hari khamis kan. i memang tak suke. untuk minggu ni lah. sebab, minggu ni ada presentation! argghhh. memang tak suka. semester ni memang banyak presentation. huuuu. kenapa lah ada benda i tak suke nak buat. huuuu. so, esok present tentang Effective Communication. last week tengok budak Chinese present, waahhh! memang hebat lah dorang. tetiba rasa kecut pulak nak present. huuuu. memang tak tengok slide lah. sume dalam kepala otak. lepas tu hari khamis pulak present tentang Creative and Innovation. masalahnya sekarang, i tak creative. macam mana ni. huuuu. bikin gua stresss. dah lah lect suruh cari iklan pas tuh huraikan kan, apa yang creative tentang iklan tu. of course lah, i tak tahu.

my kakak-kakak! hehe

salam readers.! today tak ade cerita sebenarnya. just nak letak gambar jee. hehe gambar kat bawah ni adalah, my geng kat UTHM ni. dorang ni semua adalah kakak-kakak i. eheemmm. i lah adek. kira bongsu lah. paling mudaaaaa. dapat manja-manja dengan mereka. hahahahaha. comel kan kami? kami berpakaian baju bengkel. hehe.

huh. abis duit dah!

salam semua! hari ini i sangat gembira. nak tahu sebab ape? hehehe. duit ptptn i dah masyukkkkk. memang seronok lah kan. so, today is saturday. ape lagi, kita enjoy lah. hehee. kami hanya pegi ke BP Mall ajo. tu je best. kot lah kan. heee. kami tengok wayang. cite Khurafat. okay la cite die. i asyik tutup mata je. haha. membazir je i ni.  next, kami pegi ke arah Senggarang. dekat area sini jugak. cuma jauh cket lah dari Batu Pahat tuuu. kat sana kami pegi makan Kerang Goreng. sedapppp. heee.  ini lah Kerang Goreng ituuu. =)) destinasi terakhir pulak, kami pegi pusing-pusing ajoo. so, singgah la kejap di Tasik Y. sebab, bentuk tasik ini ialah Y. heee. gambar tasik tak amik pulak. kami bergambar selepas hujan reda sikit. huuu. okay, duit memang macam air je keluar. laju je abisss. huuu. beli baju lah., ini lah. maklumlah, orang perempuan kan. hehe. memang begini. kalo ayah tahu mesti kene bebel. huu. =( lepas ni kene jimat. cuti raya cina nanti nak shopping lagikkk.

aktiviti dipetang hari.

time cuti memang aktiviti kami ialah Jogging. konon la joggingnya. padahal cuci mata. hahahaha. oopppsss. kalo encik ridzuan baca ni, abesss lahhh. hehe. ini gambar hari masa cuti thaipussam ari tu. lecture hidraulik pon suruh lah kami anta assignment tu ke bilik die. huhu. ada lah 1 soalan ni kami tak dapat nak buat. yela, dia tak ajar lagi. pas tu suruh cari penyelesaian sendiri. memang tak dapat lah kan. hehe. so, . . . . . .  i posing dulu yeeekkk. hahaha. * sila lempang diri sendiri. . . . . .  then, my kakak-kakak ni tetibe jadi rajin. hahaha. lepas tu kami anta. so, assignment dah siap! hahaha. next, kami jogging. semester semangat baru. ada masa lapang waktu petang, mesti jogging. baru la sihat. ye dak? hehe.  kasut kami. hehehe. teka mana kaki i? haaaa.

hepy besday kak muni!

hepy besday kak muni! eheemmm. umo dah meningkat. hee. tapi akak tetap nampak muda. cewahhh. hehe. moga panjang umo and murah rezeki. success in ur life okay kak. and, don't forget me. ingat lah liena yang comel ini selalu. hahaha. perasan kejap. hee.

tak de tajuk ponnn.

sory. entry ni tak ade tajuk. huhu. hyeeeeee. sebenarnya banyak cite nak update. tapi, internet dekat hostel ni sangat la lembab. huh. bosaaannn okay duk menunggu jek. huhu. nanti i akan cube rajinkan diri yea. hehe. thanx korang, sebab sudi menyapa di chat box i tuu. =)) i nak blog walking pon tak dapat. maklum lah, keadaan internet kat sini buat sakit ati jek. huhu. nanti i jenguk korang yeaa. maap tauu.

konon photoshoot la ni. hahaha

salam sumeeee. =) saje je nak letak gambar-gambar gedik ni. haha. terima kaseh kepada kak Syah. sebab sudi amik gambar i ntah pape ni. kiranya i ni jadi model cubaan dia lah. haha. Kak Syah ni, berniat nak jadi photographer satu hari nanti. so, sekarang dia sedang berusaha nak belajar jadi photographer yang terbaik. cewaahhh. hehe. so, i la jadi model dia sementara ni. hehe korang layan je la gambar i ni. memang i tak boleh jadi model pon. i tak reti buat muka macam model. mesti nak tergelak. haha. lokasi adalah dalam UTHM sajooo. ehe. okay. itu saja nak tunjuk. the end! hehe buruk kan posing i? hahaha.

faizal tahir i tak juara. huhu

 semalam ramai tangok AJL kan. i tengok jugak. i tengok kat cafe. memang ramai. best tengok ramai-ramai ni. hehe. tapi, keputusan AJL yang tak best. huhu. kenape macam tu? yang tak boleh terime vokal terbaik and juara. huhu. Black i pon tak menang jugak. huhu. suara dia sedap tauu. tak pon Yuna. dia memang superb. macam mana Hafiz leh menang? huhu. Faizal Tahir i tak menang pon. juz dapat Persembahan Terbaik aje. FT memang hebat! i nak FT jadi Juara. huuuuu. tahniah Ana Rafali. u menang. walaupon persembahan u tak berape best. mungkin lagu u tu best. tu u menang. =)

cantik taakkk? hehe

hujung minggu begini memang tak ade keje. so, i hias lah i punye board. cantik takkk? haha.

okay. jadual saya sudah setel!

huh! sangat lega sekarang. sebab jadual kelas sudah siap. terpaksa selesaikan hari ini jugak. lama betul nak tukar nak buat insert delete tu. siap jugak hari ini. lepas ni tak de la sibuk-sibuk lagi nak pegi fakulti. huhu. kelas hari khamis la paling pack! dari 8.00 pagi sampai lah 7.00 petang. non stop okay. aiyoooo. memang penat lah. makan pon memang tak sempat. thanx abang fakulti. sem depan jumpa lagi yea, jumpa dalam keadaan yang sama. fakulti awam dan alam sekitar memang begini setiap sem. awal sem memang meriah dengan pelajar! hehe.

1st week untuk semester pertama. =)

salam reader. =) macam mana semester baru? best tak?  hehe setakat ni je dah penat kaki i pegi fakulti aje. sangat ramai okay. ramai buat pembetulan jadual. huhu. tak suke keadaan macam tu tau. serabut sangat. hari-hari kene bangun pagi. lepas tu pegi fakulti. huhu. i main masuk kelas aje. janji dapat ilmu kan. kelas betul nanti belakang kira lah. hehe. harap minggu ni dah settle semua. baru la semangat nak pegi ke kelas! hehe okay. selamat belajar semua! =)

new semester begin!

salam reader. =) now i'm at UTHM. finally. sampai pagi tadi. dalam pukul 10 macam tu. sedih tinggalkan my family. huhuhu. yang tak best nya, bilik kat hostel ni tetap sama. i ingatkan boleh lah pindah bilik lain. bilik yang bawah sikit ke. ni tak, kena naik balik tingkat yang atas. huhu. penat okay angkat kotak. berat pulak tuu. huhu esok kelas telah mula. am i ready yet? huh. belum lagi sepenuhnya. sebab tak puas cuti. boleh tak macam tu? haha. sampai bila nak puas kan kalo macam tu. hehe. okay, kebanyakkan U akan mula belaja esok kan? selamat belaja kepada semua! sem ni i nak study rajin-rajin. nak dapatkan dekan. mesti! =)
Happy New Year! sudah 2011 dah. kejap je. tahun 2010 ni macam telah berlaku. semoga 2011 ni akan menjadi lebih bermakna.  =) azam tahun baru ni tak banyak. azam tahun lepas pon ada yang tak tercapai lagi. haha.