assalammualaikum.
memandangkan nak kahwin ni,
memang banyak la LIKE page tentang perkahwinan dekat fb tuu.
hehehe.
ni sekadar rengunan sahaja.
hehe.
surat dari ibu kepada menantu lelakinyaaa.
:)
kepada bakal suami kuuu,
baca ye,
hehehe.
WAHAI MENANTUKU.. bila ada kelemahan dari isterimu dan seribu lagi keburukan yang dilakukannya akibat kelemahan dan juga kerana kekurangan darinya, bukankah menjadi tugasmu untuk mendidiknya sekarang? dan begitu yang seharusnya.
WAHAI MENANTUKU.. diajarkan kepadamu oleh RasuluLLaH SAW bahawa seorang suami tak boleh membiarkan mata isterinya basah walau hanya serupa titisan embun dinihari. bukankah engkau sebagai suaminya yang harus melindunginya dengan rasa tenteram dan aman? maka berikanlah keteduhan bagi jiwanya.
WAHAI MENANTUKU.. engkau suami yang dipilih ALLaH untuk puteriku, bersabarlah terhadap isterimu dan tetaplah bersikap lemah lembut padanya. bukankah engkau menikahinya atas nama ALLaH, maka sayangi dan peliharalah isterimu dengan jalan ALLaH.
WAHAI MENANTUKU.. sebahagian besar penghuni neraka adalah perempuan dan itu disebabkan mereka derhaka terhadap suaminya, maka selamatkanlah isterimu dari dosa yang lebih besar. bukankah nantipun engkau juga akan ditanya tentang tanggungjawabmu?
WAHAI MENANTUKU.. engkau di izinkan untuk menghukum isterimu sewajarnya namun janganlah terkena wajahnya dan jangan pula menyentuh tubuhnya hingga meninggalkan jejak luka. janganlah mengherdiknya dengan kata-kata kasar dan umpatan yang merendahkan seolah engkau turut menghinakan dirimu sendiri sebab ia juga adalah pakaianmu...
Semoga keluarga kalian menjadi keluarga yang sakinah, mawadah dan warahmah.. Aamiin
- Tuan Shahrul Mizan
source : FB rahsia perkahwinan
sekian.
:)
Ulasan